Tuesday, October 20, 2015

Kek Keju Meleleh



Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahannya

150gram tepung gandum
70gram tepung jagung
120gram gula
2 biji telur
70ml fresh cream atau susu segar
1 penutup esen vanila
74gram butter atau majerin yang dicairkan
1/2 sudu besar ovallete
2 sudu kecil baking powder
(1/2 sudu krim cheese ) ni tak letak pun takpe ( ros saje letak utk tambah rasa cheese dlm kek ni nnt)
untuk sos keje meleleh
150gram cream cheese ( disarankan guna philidelphia cream cheese)
150ml fresh cream @ whipping cream @ heavy cream
5 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil jus lemon

Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung dan baking powder ketepikan, kalau nak ayak dua kali pun boleh, digalakkan, kemudian pecahkan 2 biji telur dalam bekas adunan, putar telur hingga berbuih baru masukkan gula, putar hingga betul-betul kembang.
2. Kemudian masukkan ovallete ( jika tak letak ovallet pun takpe boleh gantikan dengan satu sudu plain yogurt atau 1 sudu kecil soda bikarbonat, jika letak soda bikarbonat kena ayak dlm adunan tepung tu ya).
3. kalau nak asing putih telur dan kuning telur pun boleh, putih telur dipukul dengan separuh kuantiti gula dan jadikan meringue dan separuh lagi kuantiti gula di campur dengan kuning telur dan dipukul kembang.
4. Selepas itu masukkan satu penutup esen vanila, putar lagi, kemudian masukkan 1/2 sudu krim cheese ( ni klu tak nak letak pun takpe, ros saje letak supaya menambahkan lagi rasa cheese dlm adunan kek) , putar sebati semuanya.
5. Masukkan tepung yang di ayak tadi, berselang seli dengan fresh cream @ susu segar, ulang langkah tadi sehingga  tepung dan fresh cream habis, pastikan semua bahan sebati dan tidak berketul.
6. Masukkan pula butter @ marjerin yang telah dicairkan, putar sebati seperti rajah 6a.
7. Adunan ni ros bahagi dua, satu bahagian ros biarkan warna asal dan satu lagi ros campurkan dengan 3 sudu besar serbuk koko dan 3 sudu besar susu segar, kacau sebati, tuang adunan di dalam bekas alumunium atau loyang kek bulat atau petak.
8. Bakar pada suhu 170c ke 180c selama 30minit atau sehingga permukaan kek perang. suhu oven bergantung pada kesesuaian oven masing2 ya,  nak kukus pun boleh,  jika kukus lebihkan masa 15minit.

Buat Sos Keju Meleleh pula
9. Masukkan cream cheese dan susu pekat manis di dalam bekas adunan, kemudian masukkan fresh ceram, putar dengan kelajuan tinggi sehingga semua bahan sebati, pastikan adunan tidak terlalu kental, cukup sekadar creamy, akhir sekali masukkan 1 sudu kecil jus lemon. putar lagi, jika tidak manis, boleh tambahkan lagi susu pekat manis, kemanisan ikut selera masing2 ya.
10. Pastikan sos keju meleleh mulus dan tidak berketul seperti rajah 10.
Cara Melapis Kek Keju Meleleh ( ros buat dua lapis, bawah vanila atas rasa coklat)
11. Potong dua kek yang siap dibakar tadi, ( pastikan kek betul2 sejuk baru dipotong ya) kemudian masukkan kembali di dalam acuan alumunium, tuangkan sos kejeu meleleh tadi dan lapiskan atasnya dengan kek vanila atau kek coklat, jadinya akan jadi dua rasa lah, tak mahu buat berlapis pun takpa, boleh potong dua kek tadi dan sapukan rata sos krim keju meleleh tadi.
12. Sapukan rata krim keju meleleh dan lapiskan dengan kek perisa vanila atau coklat, curah baki krim sos keju meleleh tadi lagi atas kek dan hias ikut kreativiti masing2 ya, nak parut cheeddar cheese pun boleh, ros cuma taburkan serbuk milo, coklat chipdan  guna sos coklat sahaja, bergantung pada bahan sedia ada di dapur masing2 ya.
13. Lihat rajah 13 sebagai contoh, ros lorekkan dengan sos coklat. Selamat Mencuba.


Kek Gula Hangus


Bahan-Bahan :
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
Cara membuat:
1.Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan.
2.Masukkan air panas dan kacau hingga cair. Berhati-hati semasa masukkan air, sebab gula tu akan meletup-letup (tutup periuk untuk elakkan terkena percikan).
3.Kemudian masukkan mentega dan sejukkan.
4.Pukul telur sehingga kembang dan pekat , masukkan susu pekat dan kacau sebati.
5.Ayak tepung dan soda bikarbonat (masukkan sedikit demi sedikit).
6.Akhir sekali, masukkan masukkan esen vanila dan kacau rata (perap adunan selama 3-4 jam).
7.Bakar dengan api sederhana antara 160c – 180c selama 45 minit – 1 jam.

Blueberry Cheese Tart


Bahan-Bahan.
  • 170gm marjerin atau butter
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • acuan tart
Cara- Caranya
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
  6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
  7. Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.
  Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.

Sediakan filling yg kita suka. Biasa kita boleh gunakan blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas tuk buat filling cheese tart ni. Bahan2an untuk filing ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2an utk buat kuih dan kek. Kalau rajin boleh juga di buat sendiri.
Masukkan filling tu dalam piping bag utk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tadi. Lebih banyak filling kita letak bertambah sedap lah Cheese tart kita. Bila dah siap, ketepikan dan kita sediakan  pula bahan2 tuk membuat cheesenya pula.
 
Bahan-Bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara- Caranya
  1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
  2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Cara menyediakan blueberry cheese tart dan buat lorekkan
  1. Masukkan filling blueberry ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan adunan cream cheese tadi dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit.
  2. Kemudian boleh lah kita mulakan proses tuk melorek atas cheese tat tadi.
Cara buat lorekkan.
  1.  Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yg kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidah secantik yg kita inginkan.
  2. Dengan menggunakan pencungkil gigi, buat garis kecil2 di bahagian tepi.
  3. Bilangan garis2 kecil tersebut mengikut citarasa sendiri lebih banyak lebih cantik!
  4. Kemudian dengan menggunakan bahagian yang tajam, tarik daripada atas ke bawah  dalam bentuk bulatan untuk mendapatkan bentuk tersebut.
  5.   Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.Bakar api atas bawah tapi  letak dekat rak bawah.
 Untuk resepi ni, 1 adunan shell dapat buat dalam  40 biji shell itu pon bergantung kepada besar acuan dan ketebalan shell.
Bagi adunan cheese pula dapat dalam 70 - 80 shell.
Untuk stabilkan adunan buat 2 adunan crust atau shell dan 1 adunan cheese